Posts

Ulasan video (Webinar) Pelaksanaan PT3: Ke arah autonomi sekolah? - Oleh Lembaga Peperiksaan

             Sesi ini dipengerusikan oleh Puan Aida Mohd Anip, Penolong Pengarah dan Puan Noor Khairunissa Mohd Aris juga Penolong Pengarah. Tetamu yang hadir pada sesi ini ialah Tuan Haji Rohesan Muhamad Ketua Penolong Pengarah Lembaga Peperiksaan. Sesi dimulakan dengan kata-kata aluan dan pendahuluan mengenai PT3 oleh Tuan Rohesan.             Antara kandungan ucapan pendahuluan beliau ialah sejak 2011, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Pada tahun 2012, KPM memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Terdapat empat komponen dalam PBS, pertama Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), kedua adalah Pentaksiran Pusat atau lebih dikenali dengan PT3, ketiga adalah Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani dan Kokurikulum (PAJSK) dan keempat ialah pentaksiran psikometrik. PT3 pertama dilaksanakan pada tahun 2014 sehinggalah ke saat ini tahun 2019, di mana skop melibatkan Sukatan Pelajaran Tingkatan Satu hingga Tiga.

Ulasan video (Webinar) MEMPERKASAKAN TVET DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN

Perkara                        : Ulasan video (Webinar) Tajuk                            : MEMPERKASAKAN TVET DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN Alamat Pautan URL     : https://youtu.be/dM6gsrSNvDA             Sesi ini dipengerusikan oleh Puan Aida Mohd Anip dan Puan Siti Yusnidar Mohamed Junus. Tetamu yang hadir pada sesi ini ialah Tuan Zainuren bin Haji Mohd Nor, Pengarah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional yang dulu dikenali sebagai Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesi dimulakan dengan pengenalan latar belakang dan sumbangan Tuan Zainuren dalam bidang pendidikan di Malaysia.             Antara kandungan ucapan pendahuluan Tuan Zainuren ialah KPM berhasrat untuk menjadikan TVET sama seperti pelajar yang meminati aliran akademik biasa di sekolah-sekolah menengan harian. Justeru itu, KPM telah mula melaksanakan transformasi pendidikan vokasional mulai tahun 2012 dan dijangka mencapai matlamatnya pada tahun 2020. Usa